Wednesday, 9 November 2011

Apa itu "Private Browsing" dalam firefox ?


Apa itu "Private Browsing" dalam firefox ?


Salam,

Mungkin ramai yang sudah tahu akan fungsi "Private Browsing" dalam firefox ini. Antara kebaikan menggunakan fungsi "Private Browsing" adalah Password dan Login ID anda tidak akan disimpan di dalam "Browser".Jadi kebarangkalian akaun (email, fb, online banking) anda diceroboh adalah rendah. Sekiranya anda terlupa untuk log keluar, dengan sekali klik X pada browser, segala data anda akan hilang dan anda perlu log in semula untuk mengakses akaun anda.

"Private Browsing" merupakan salah satu fungsi yang terdapat dalam salah satu "web brower" yang terkenal iaitu Firefox. Dengan fungsi "Private Browsing" ini, segala informasi pada setiap laman web yang anda layari tidak akan
disimpan di dalam Firefox anda.



Namun begitu, Firefox mengingatkan pengguna bahawa fungsi "Private Browsing" ini bukanlah menjadikan anda tidak dapat dijejaki. ISP (Internet Service Provider), majikan mahupun pemilik website masih lagi mampu menjejak laman web yang telah anda layari. Dan juga fungsi "Private Browsing" ini tidak menjadikan anda kebal dari sebarang "keyloggers" dan "spyware" yang telah berada dalam komputer anda.

Antara informasi yang tidak akan disimpam semasa menggunakan fungsi "Private Browsing" ialah :


  1. Visited pages - Web yang anda layari tidak akan disimpan sama sekali di dalam "History".
  2. Form and Search Bar entries - Contoh "Form" ialah ruang anda mengisi email anda pada "log in page" sesuatu website. Jadi email anda tidak akan disimpan. Setiap kali log in, anda perlu menaip semula email anda. Begitu juga dengan "Search Bar".
  3. Passwords - Kata laluan anda tidak akan di simpan.
  4. Download List entries
  5. Cookies
  6. Cached Web Content - Fail sementara semasa melayari laman web. 
  7. Offline Web Content and User Data
Cara untuk mengaktifkan fungsi "Private Browsing".


Firefox button bewarna Oren dalam mode biasa. (anak panah kuning)


Mode biasa. (anak panah kuning)

Cara untuk menyahaktifkan fungsi "Private Browsing".


Firefox button bewarna Ungu dalam mode "Private Brosing". (anak panah kuning)


Mode "Private Brosing". (anak panah kuning)

Semoga mendapat manfaat.

Rujukan : http://support.mozilla.org/en-US/kb/private-browsing-browse-web-without-saving-info?redirectlocale=en-US&as=u&redirectslug=Private+Browsing

0 comments:

Post a Comment